Survivor Camp di Mersing , Johor

Program ini berlangsung pada 7 Oktober 2011 lalu selama 3 hari 2 malam di Tanjung Resang , Mersing , Johor . Program ini bertujuan untuk memberi pengalaman kepada anak anak Felda bagaimana kehidupan pada awal penubuhan Felda dahulu dalam keadaan serba kekurangan untuk menaikan nama Felda .

Sesudah sampai di Tanjung Resang , Mersing , Johor .
Perjalanan kami bermula pada jam 12.30 dari UMP Kampus Pekan dan 12.00 tengah hari dari UMP Kampus Gambang . Kemudian kami berhenti seketika di untuk menunaikan solah Jumaat . Kemudian kami meneruskan lagi perjalanan dan bertemu dengan ahli PERSADA yang  lain di Perhentian Mersing untuk menjamu selera tengah hari . Kami tepat sampai di tapak perkhemahan pada jam 3 petang . Dengan perasaan SEMANGAT yang membara , kami siapkan khemah dan pelbagai lagi kemudahan lain yang bersesuaian dengan tema Survivor Camp .


 
Acara memrasmikan tapak perkhemahan .
Sesi taklimat oleh Abang Aidil
Abang Aidil yang menjaga kami sepanjang program Survivor Camp
Pada malam hari , selepas maghrib , kami dibekal kan bahan untuk memasak dan menanak nasi bersama ahli kumpulan yang telah dibahagikan . Kami hanya diberi 3 batang mancis bagi menghidupkan api dan kami perlu mencari kayu api atau bahan yang boleh menghidupkan api . Kami juga dibekalkan telur untuk menyedapkan lagi masakan kami .

 
Nasi yang telah kami campurkan bersama sardin ( TERLIUR KE ? )

Selepas itu kami dikehendaki menguji keberanian kami dengan berjalan dalam hutan ( Night Walking ) . Kami dilepaskan pada jam 9 malam dan berjalan seorang diri sehingga ke checkpoint yang telah ditetapkan . Sebelum kami dilepaskan , Abang Aidil telah mengajar kami beberapa ayat Al Quran sebagai pelindung diri .

Setelah selesai aktiviti Night Walking , kami diberi tugas untuk menjaga khemah selama sejam dan dibahagikan kepada 7 kumpulan yang lain . Kami hanya diberi obor untuk menjaga malam sementara yang lain tidur sekejap sebelum tiba giliran mereka untuk menjaga .

Dalam perjalanan mendaki Gunung Arong .
Pada hari seterusnya ( 8 Oktober ) , kami mendaki Gunung Arong yang terletak tak jauh dari tapak perkhemahan kami . Laluan untuk ke puncak Gunung Arong sangat mencabar dengan curam dan lincin nya . Akhirnya kami berjaya mendaki Gunung Arong tersebut dan menikmati keindahan laut bersama sama . Aktiviti mendaki ini tamat pada petang hari setelah selamat tiba di tapak perkhemahan .

Disebelah petang pula , kami mengadakan permainan kumpulan iaitu mencari harta . Setiap kumpulan hendaklah pergi ke setiap checkpoint untuk menyelesaikan tugasan pada setiap checkpoint yang ada . Kumpulan yang gagal menyelesaikan tugasan akan dikenakan denda .

Aktiviti pada malam hari pula , setiap kumpulan diarahkan melakon , menyanyi atau seumpamanya untuk malam kebudayan Survivor Camp . Kumpulan yang membuat persebahan yang hambar akan dikena kan denda iaitu menjadi jaga . Setiap kumpulan telah menunjukkan persembahan yang terbaik daripada mereka . Walaubagaimanapun denda tetap denda . Namun , masih ada dikalangan kami yang tidak dikenakan denda sanggup berjaga ke pagi bertujuan untuk menikmati udara segar pagi di persisiran pantai sambil ditemani unggun api .






  
Di Puncak Gunung Arong , berhampiran tapak perkhemahan


 Pada keesokan hari nya , kami berkumpul di persisiran pantai bersama Abang Aidil untuk melakukan senaman pagi bersama . Kami berjalan diantara alir air laut dan pantai bertujuan untuk membersihkan segala kekotoran dalam muscle kami . Kemudian kami bersama sama bermain Istana Perang ( War Castle ) . Setiap kumpulan hendaklah membina kubu daripada pasir dan terdapat kayu atau penanda bertujuan sebagai kubu utama . Jika kayu atau penanda itu jatuh , bermakna kumpulan itu sudah tewas .

Selepas itu kami bersama sama bermandi manda di laut sementara yang lain siapkan BBQ . Peserta yang bermandi manda di ajar cara untuk terapungkan diri di atas air serta bermain permainan knight serta "siapa yang paling lama menyelam" .
BBQ oleh peserta Survivor Camp
Setelah selesai semua aktiviti , kami mula berkemas untuk pulang semula ke Kampus masing masing . Sebelum kami bertolak , setiap kumpulan telah diberikan hamper sebagai hadiah kepada peserta yang telah menunjukan semangat sepanjang program ini berlangsung . 

Program ini telah mendidik anak anak Felda mengenai kesukaran pada awal penubuhan FELDA disamping mengeratkan lagi hubungan antara ahli PERSADA UMP itu sendiri . Semoga program sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang . InsyaAllah . Samalah kita menaikan nama PERSADA .




3 comments:

tecikbeso said...

hahaha.. karangan yang baik..

Kierul Amin said...

nasik grup aq tuh!! :)

zaiham 9W2DYA / 113MB290 said...

sedaplah nasi tu tahniah semua

Post a Comment