Sesudah sampai di Tanjung Resang , Mersing , Johor . |
Perjalanan kami bermula pada jam 12.30 dari UMP Kampus Pekan dan 12.00 tengah hari dari UMP Kampus Gambang . Kemudian kami berhenti seketika di untuk menunaikan solah Jumaat . Kemudian kami meneruskan lagi perjalanan dan bertemu dengan ahli PERSADA yang lain di Perhentian Mersing untuk menjamu selera tengah hari . Kami tepat sampai di tapak perkhemahan pada jam 3 petang . Dengan perasaan SEMANGAT yang membara , kami siapkan khemah dan pelbagai lagi kemudahan lain yang bersesuaian dengan tema Survivor Camp .
Acara memrasmikan tapak perkhemahan . |
Sesi taklimat oleh Abang Aidil |
Abang Aidil yang menjaga kami sepanjang program Survivor Camp |
Pada malam hari , selepas maghrib , kami dibekal kan bahan untuk memasak dan menanak nasi bersama ahli kumpulan yang telah dibahagikan . Kami hanya diberi 3 batang mancis bagi menghidupkan api dan kami perlu mencari kayu api atau bahan yang boleh menghidupkan api . Kami juga dibekalkan telur untuk menyedapkan lagi masakan kami .
Nasi yang telah kami campurkan bersama sardin ( TERLIUR KE ? ) |
Selepas itu kami dikehendaki menguji keberanian kami dengan berjalan dalam hutan ( Night Walking ) . Kami dilepaskan pada jam 9 malam dan berjalan seorang diri sehingga ke checkpoint yang telah ditetapkan . Sebelum kami dilepaskan , Abang Aidil telah mengajar kami beberapa ayat Al Quran sebagai pelindung diri .
Setelah selesai aktiviti Night Walking , kami diberi tugas untuk menjaga khemah selama sejam dan dibahagikan kepada 7 kumpulan yang lain . Kami hanya diberi obor untuk menjaga malam sementara yang lain tidur sekejap sebelum tiba giliran mereka untuk menjaga .
Dalam perjalanan mendaki Gunung Arong . |
Pada hari seterusnya ( 8 Oktober ) , kami mendaki Gunung Arong yang terletak tak jauh dari tapak perkhemahan kami . Laluan untuk ke puncak Gunung Arong sangat mencabar dengan curam dan lincin nya . Akhirnya kami berjaya mendaki Gunung Arong tersebut dan menikmati keindahan laut bersama sama . Aktiviti mendaki ini tamat pada petang hari setelah selamat tiba di tapak perkhemahan .
Disebelah petang pula , kami mengadakan permainan kumpulan iaitu mencari harta . Setiap kumpulan hendaklah pergi ke setiap checkpoint untuk menyelesaikan tugasan pada setiap checkpoint yang ada . Kumpulan yang gagal menyelesaikan tugasan akan dikenakan denda .
Aktiviti pada malam hari pula , setiap kumpulan diarahkan melakon , menyanyi atau seumpamanya untuk malam kebudayan Survivor Camp . Kumpulan yang membuat persebahan yang hambar akan dikena kan denda iaitu menjadi jaga . Setiap kumpulan telah menunjukkan persembahan yang terbaik daripada mereka . Walaubagaimanapun denda tetap denda . Namun , masih ada dikalangan kami yang tidak dikenakan denda sanggup berjaga ke pagi bertujuan untuk menikmati udara segar pagi di persisiran pantai sambil ditemani unggun api .
Di Puncak Gunung Arong , berhampiran tapak perkhemahan |
Pada keesokan hari nya , kami berkumpul di persisiran pantai bersama Abang Aidil untuk melakukan senaman pagi bersama . Kami berjalan diantara alir air laut dan pantai bertujuan untuk membersihkan segala kekotoran dalam muscle kami . Kemudian kami bersama sama bermain Istana Perang ( War Castle ) . Setiap kumpulan hendaklah membina kubu daripada pasir dan terdapat kayu atau penanda bertujuan sebagai kubu utama . Jika kayu atau penanda itu jatuh , bermakna kumpulan itu sudah tewas .
Selepas itu kami bersama sama bermandi manda di laut sementara yang lain siapkan BBQ . Peserta yang bermandi manda di ajar cara untuk terapungkan diri di atas air serta bermain permainan knight serta "siapa yang paling lama menyelam" .
BBQ oleh peserta Survivor Camp |
Program ini telah mendidik anak anak Felda mengenai kesukaran pada awal penubuhan FELDA disamping mengeratkan lagi hubungan antara ahli PERSADA UMP itu sendiri . Semoga program sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang . InsyaAllah . Samalah kita menaikan nama PERSADA .
3 comments:
hahaha.. karangan yang baik..
nasik grup aq tuh!! :)
sedaplah nasi tu tahniah semua
Post a Comment