Program telah diadakan selama tiga hari bermula 18 Mei 2012 sehingga 20 Mei 2012 bertempat di Kem Teratak Malaya,Janda Baik,Pahang.PERSADA Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menghantar seramai 9 orang peserta untuk menyertai program tersebut yang terdiri daripada peserta PERSADA UMP kampus Gambang dan kampus Pekan.Peserta UMP Kampus Pekan bertolak ke UMP Kampus Gambang pada jam 2.30 petang pada hari Jumaat iaitu pada 18 Mei 2012.
Peserta berkumpul di UMP Kampus Gambang dan bertolak menuju ke Kem Teratak Malaya pada jam 3.30 petang.Semua peserta tiba di Kem Teratak Malaya pada jam 5.35 petang dan mendaftarkan diri setibanya mereka di sana.Antara aktiviti menarik yang dijalankan disana adalah paintball,bom beracun,forum dan bermacam lagi.Aktivit-aktiviti tersebut banyak memberi pengetahuan dan pendedahan tentang FELDA disamping peserta–peserta dapat merasai pengalaman baru.Aktiviti-aktiviti seperti ini sangat bermanfaat dan dapat mengelakkan belia-belia FELDA daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.
Program Bakti Siswa
Program Motivasi
Bakti Siswa 1 Malaysia merupakan program anjuran PERSADA Pantai Timur yang diwakili
oleh PERSADA UMP,UUM,UMK,UniMAS,USM serta jemputan dari PERSADA UPSi.Program
diadakan selama tiga hari dua malam iaitu bermula dari 18 Julai 2012 dan
berakhir pada 20 Julai 2012.Program bertempat di dua lokasi iaitu di Felda
Padang Piol dan Felda Sg. Retang,Jerantut,Pahang.
PERSADA UMP telah menghantar wakil seramai
lima orang untuk program ini.Tiga orang daripada wakil peserta ini ditempatkan
di Felda Sg.Retang,manakala dua peserta lagi ditempatkan di Felda Padang
Piol.Setelah berkumpul di Terminal Temerloh dan dipecahkan kepada dua
kumpulan,semua peserta dibawa ke lokasi program dengan menaiki bas yang telah
disediakan.Semua peserta mendaftar dan diserahkan kepada keluarga angkat
masing-masing setibanya mereka disana.
Program motivasi bersama pelajar
UPSR,PMR dan SPM dilangsungkan pada 19 Julai 2012 di sekolah menengah dan
sekolah rendah bagi kedua-dua FELDA.Peserta yang telah dipecahkan kepada dua
FELDA dipecahkan lagi kepada dua kumpulan iaitu sekumpulan bagi mengatur
program di sekolah rendah dan sekumpulan lagi di sekolah menengah.Jadual program
dipenuhi dengan tiga aktiviti dan peserta-peserta PERSADA menjadi fasilitator
untuk program motivasi ini.Aktiviti-aktiviti ini merupakan aktiviti yang
sedikit sebanyak dapat memberi semangat kepada pelajar-pelajar untuk menimba
ilmu.Rumusan bagi setiap aktiviti diadakan sesudah selesai aktiviti-aktiviti
tersebut.Selain aktiviti-aktiviti tersebut,sesi bersama YBHG.Datuk Dr.Ahmad
Faiz Bin Abd Hamid iaitu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Universiti Utara Malaysia tutut diadakan bagi membolehkan pelajar-pelajar
mengetahui dan mendalami pengalaman dan pengetahuan beliau tentang FELDA.
Waktu
rehat peserta-peserta PERSADA pula diisi bersama keluarga angkat
masing-masing.Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada peserta PERSADA
mengeratkan silaturrahim bersama penduduk FELDA dan dapat berkongsi pengalaman
dari keluarga angkat masing-masing tentang FELDA memandangkan Felda Padang Piol
dan Felda Sg. Retang merupakan antara FELDA tertua di Pahang.
Program Training of Trainer
Program Training
of Trainer adalah program yang dianjurkan oleh KEMUDA dan dengan kerjasama
PERSADA KEBANGSAAN. Program ini dianjurkan selama tiga hari dua malam bermula pada
13 Ogos 2012 sehingga 15 Ogos 2012.PERSADA Universiti Malaysia Pahang (UMP)
telah menerima jemputan daripada KEMUDA untuk menghantar peserta bagi menyertai
program ini.
Program ini dianjurkan adalah untuk melatih
mahasiswa mahasiswi PERSADA menjadi fasilitator untuk program induksi yang
diadakan setiap tahun di Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk memberi motivasi
kepada bakal mahasiswa/i yang mendaftar di universiti pada bulan September.
Oleh itu,PERSADA UMP telah menghantar
seramai tujuh orang peserta untuk menyertai program ini.Program ini turut
disertai oleh PERSADA dari universiti setiap zon iaitu zon tengah yang diwakili
oleh UPSI,UPM,UM,UITM dan UPNM.Seterusnya dari zon Selatan diwakili oleh UTM
dan UTHM.Zon Borneo pula diwakili oleh UMS dan UNiMAS.PERSADA UMP mewakili zon
pantai timur yang turut disertai peserta-peserta PERSADA dari UMT,UMK dan
UnisZa.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah penerangan
tentang tanggungjawab seorang pemimpin oleh Dato’ AB Rahim.KEMUDA pula telah
melatih peserta-peserta PERSADA untuk menjadi fasilitator.Pelbagai ilmu dan
kaedah-kaedah menjadi seorang pemimpin yang baik dapat diperoleh oleh setiap
peserta melalui aktiviti yang dijalankan.Aktiviti-aktiviti ini turut memberi
kesedaran kepada peserta tentang kepentingan memikul tanggungjawab yang telah
diamanahkan.
Program Induksi
Program Kem Anak
Muda FELDA dan Induksi PERSADA 2012 merupakan gabungan program anjuran KEMUDA
dengan kerjasama Sekretariat Permuafakatn Siswa/wi FELDA (PERSADA) Kebangsaan. Program
ini dijalankan selama tiga hari bermula pada 25 Ogos 2012 sehingga 29 Ogos 2012
bertempat di Universiti Putra Malaysia.PERSADA Universiti Malaysia Pahang (UMP)
telah menerima surat jemputan daripada KEMUDA untuk menghantar peserta bagi
menyertai program ini.
Peserta yang terlibat adalah peserta
yang telah menyertai program Training Of Trainer dua minggu
lalu.Peserta-peserta ini adalah ahli PERSADA yang sudah dilatih untuk menjadi
pemimpin dan fasilitator yang berkaliber.
Program ini merupakan salah satu usaha bagi
mengenal pasti anak-anak muda FELDA yang bakal melanjutkan pelajuran di menara
gading untuk menarik minat mereka menyertai PERSADA disamping dapat memberi
tunjuk ajar kepada mereka tentang kehidupan di universiti.PERSADA dan KEMUDA
turut membimbing mereka ke arah kehidupan yang lebih bermatlamat.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah penerangan tentang ancaman terhadap agama islam dan orang Melayu,penerangan tentang PERSADA,sesi suai kenal bersama senior-senior PERSADA,sesi interaksi bersama tokoh-tokoh ternama dan juga terdapat aktiviti pengukuhan kumpulan yang mementingkan semangat kerjasama dalam berpasukan.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah penerangan tentang ancaman terhadap agama islam dan orang Melayu,penerangan tentang PERSADA,sesi suai kenal bersama senior-senior PERSADA,sesi interaksi bersama tokoh-tokoh ternama dan juga terdapat aktiviti pengukuhan kumpulan yang mementingkan semangat kerjasama dalam berpasukan.
Sesungguhnya,program ini memberi impak
yang besar kepada semua pihak sama ada terhadap ahli-ahli PERSADA,pihak KEMUDA
dan juga peserta-peserta Kem Anak Muda FELDA dan Induksi PERSADA 2012.Aktiviti
seperti akan diteruskan pada masa akan datang memandangkan aktiviti ini banyak
memberi kesan positif kepada semua pihak.
0 comments:
Post a Comment