Program Kebangsaan PERSADA Sepanjang 2012

0 comments
Program Kemuda
Program  telah diadakan selama tiga hari bermula 18 Mei 2012 sehingga 20 Mei 2012 bertempat di Kem Teratak Malaya,Janda Baik,Pahang.PERSADA Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menghantar seramai 9 orang peserta untuk menyertai program tersebut yang terdiri daripada peserta PERSADA UMP kampus Gambang dan kampus Pekan.Peserta UMP Kampus Pekan bertolak ke UMP Kampus Gambang pada jam 2.30 petang pada hari Jumaat iaitu pada 18 Mei 2012.
Peserta berkumpul di UMP Kampus Gambang dan bertolak menuju ke Kem Teratak Malaya pada jam 3.30 petang.Semua peserta tiba di Kem Teratak Malaya pada jam 5.35 petang dan mendaftarkan diri setibanya mereka di sana.Antara aktiviti menarik yang dijalankan disana adalah paintball,bom beracun,forum dan bermacam lagi.Aktivit-aktiviti tersebut banyak memberi pengetahuan dan pendedahan tentang FELDA disamping peserta–peserta dapat merasai pengalaman baru.Aktiviti-aktiviti seperti ini sangat bermanfaat dan dapat mengelakkan belia-belia FELDA daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

Program Bakti Siswa

Program Motivasi Bakti Siswa 1 Malaysia merupakan program anjuran PERSADA Pantai Timur yang diwakili oleh PERSADA UMP,UUM,UMK,UniMAS,USM serta jemputan dari PERSADA UPSi.Program diadakan selama tiga hari dua malam iaitu bermula dari 18 Julai 2012 dan berakhir pada 20 Julai 2012.Program bertempat di dua lokasi iaitu di Felda Padang Piol dan Felda Sg. Retang,Jerantut,Pahang.

     
   PERSADA UMP telah menghantar wakil seramai lima orang untuk program ini.Tiga orang daripada wakil peserta ini ditempatkan di Felda Sg.Retang,manakala dua peserta lagi ditempatkan di Felda Padang Piol.Setelah berkumpul di Terminal Temerloh dan dipecahkan kepada dua kumpulan,semua peserta dibawa ke lokasi program dengan menaiki bas yang telah disediakan.Semua peserta mendaftar dan diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing setibanya mereka disana.

         Program motivasi bersama pelajar UPSR,PMR dan SPM dilangsungkan pada 19 Julai 2012 di sekolah menengah dan sekolah rendah bagi kedua-dua FELDA.Peserta yang telah dipecahkan kepada dua FELDA dipecahkan lagi kepada dua kumpulan iaitu sekumpulan bagi mengatur program di sekolah rendah dan sekumpulan lagi di sekolah menengah.Jadual program dipenuhi dengan tiga aktiviti dan peserta-peserta PERSADA menjadi fasilitator untuk program motivasi ini.Aktiviti-aktiviti ini merupakan aktiviti yang sedikit sebanyak dapat memberi semangat kepada pelajar-pelajar untuk menimba ilmu.Rumusan bagi setiap aktiviti diadakan sesudah selesai aktiviti-aktiviti tersebut.Selain aktiviti-aktiviti tersebut,sesi bersama YBHG.Datuk Dr.Ahmad Faiz Bin Abd Hamid iaitu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Utara Malaysia tutut diadakan bagi membolehkan pelajar-pelajar mengetahui dan mendalami pengalaman dan pengetahuan beliau tentang FELDA.

         Waktu rehat peserta-peserta PERSADA pula diisi bersama keluarga angkat masing-masing.Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada peserta PERSADA mengeratkan silaturrahim bersama penduduk FELDA dan dapat berkongsi pengalaman dari keluarga angkat masing-masing tentang FELDA memandangkan Felda Padang Piol dan Felda Sg. Retang merupakan antara FELDA tertua di Pahang.

         Pada 20 Julai 2012,penduduk Felda Padang Piol menyambut kehadiran Perdana Menteri Malaysia.Kehadiran Perdana Menteri ini menjadi penutup kepada Program Motivasi Bakti Siswa 1 Malaysia.


Program Training of Trainer

Program Training of Trainer adalah program yang dianjurkan oleh KEMUDA dan dengan kerjasama PERSADA KEBANGSAAN. Program ini dianjurkan selama tiga hari dua malam bermula pada 13 Ogos 2012 sehingga 15 Ogos 2012.PERSADA Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menerima jemputan daripada KEMUDA untuk menghantar peserta bagi menyertai program ini.

             Program ini dianjurkan adalah untuk melatih mahasiswa mahasiswi PERSADA menjadi fasilitator untuk program induksi yang diadakan setiap tahun di Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk memberi motivasi kepada bakal mahasiswa/i yang mendaftar di universiti pada bulan September.
            Oleh itu,PERSADA UMP telah menghantar seramai tujuh orang peserta untuk menyertai program ini.Program ini turut disertai oleh PERSADA dari universiti setiap zon iaitu zon tengah yang diwakili oleh UPSI,UPM,UM,UITM dan UPNM.Seterusnya dari zon Selatan diwakili oleh UTM dan UTHM.Zon Borneo pula diwakili oleh UMS dan UNiMAS.PERSADA UMP mewakili zon pantai timur yang turut disertai peserta-peserta PERSADA dari UMT,UMK dan UnisZa.
           Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah penerangan tentang tanggungjawab seorang pemimpin oleh Dato’ AB Rahim.KEMUDA pula telah melatih peserta-peserta PERSADA untuk menjadi fasilitator.Pelbagai ilmu dan kaedah-kaedah menjadi seorang pemimpin yang baik dapat diperoleh oleh setiap peserta melalui aktiviti yang dijalankan.Aktiviti-aktiviti ini turut memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan.


Program Induksi 
Program Kem Anak Muda FELDA dan Induksi PERSADA 2012 merupakan gabungan program anjuran KEMUDA dengan kerjasama Sekretariat Permuafakatn Siswa/wi FELDA (PERSADA) Kebangsaan. Program ini dijalankan selama tiga hari bermula pada 25 Ogos 2012 sehingga 29 Ogos 2012 bertempat di Universiti Putra Malaysia.PERSADA Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menerima surat jemputan daripada KEMUDA untuk menghantar peserta bagi menyertai program ini.
             
          Peserta yang terlibat adalah peserta yang telah menyertai program Training Of Trainer dua minggu lalu.Peserta-peserta ini adalah ahli PERSADA yang sudah dilatih untuk menjadi pemimpin dan fasilitator yang berkaliber.

         Program ini merupakan salah satu usaha bagi mengenal pasti anak-anak muda FELDA yang bakal melanjutkan pelajuran di menara gading untuk menarik minat mereka menyertai PERSADA disamping dapat memberi tunjuk ajar kepada mereka tentang kehidupan di universiti.PERSADA dan KEMUDA turut membimbing mereka ke arah kehidupan yang lebih bermatlamat.

         Antara aktiviti yang dijalankan adalah penerangan tentang ancaman terhadap agama islam dan orang Melayu,penerangan tentang PERSADA,sesi suai kenal bersama senior-senior PERSADA,sesi interaksi bersama tokoh-tokoh ternama dan juga terdapat aktiviti pengukuhan kumpulan yang mementingkan semangat kerjasama dalam berpasukan.


         Sesungguhnya,program ini memberi impak yang besar kepada semua pihak sama ada terhadap ahli-ahli PERSADA,pihak KEMUDA dan juga peserta-peserta Kem Anak Muda FELDA dan Induksi PERSADA 2012.Aktiviti seperti akan diteruskan pada masa akan datang memandangkan aktiviti ini banyak memberi kesan positif kepada semua pihak.