Permuafakatan Siswa/i FELDA (PERSADA) merupakan aspirasi dan cetusan idea daripada YAB. Dato Seri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Permuafakatan Siswa/i FELDA (PERSADA) merupakan aspirasi dan cetusan idea daripada YAB. Dato Seri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Matlamat utama diwujudkan PERSADA adalah untuk melahirkan mahasiswa/mahasiswi FELDA yang memiliki kualiti sahsiah yang tinggi, berketrampilan, bertanggungjawab dan pintar bermasyarakat untuk bersama masyarakat FELDA di rancangan membangunkan FELDA.
FELDA telah wujud lebih setengah abad yang lalu apabila Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri ke dua Malaysia, pada tahun 7 Julai 1956 menubuhkan dan melancarkan FELDA Lurah Bilut di Pahang.
Generasi baru FELDA yang terdiri daripada generasi ke-dua, ke-tiga dan ke-empatnya, kini bertanggungjawab mengisi kematangan FELDA dan meneruskan tradisi generasi pertama; cekal, tabah, semangat dan bercita-cita tinggi untuk membangunkan FELDA dari rancangan ke perinqkat dunia.
Sekreteriat Permuafakatan Mahasiswa dan mahasiswi FELDA (PERSADA) merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menjana masyarakat FELDA yang terdiri daripada para mahasiswa di IPTA/IPTS untuk melahirkan masyarakat FELDA yang menumpu kepada mendidik; keorganisasian, keusahawanan, kemahiran, pendidikan, sukan, kebudayaan, kemasyarakatan, membanteras gejala sosial dan kesukarelaan.
Penubuhan PERSADA juga turut menerapkan input, peranan dan dorongan bertindak yang tepat bagi memastikan warga FELDA yang belajar di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari pelbagai latar belakang pengalaman dan pendidikan digerakkan agar usaha mencapai hasrat sebagaimana yang telah digariskan berjalan dengan teratur dan tersusun.
Penubuhan PERSADA bukan sahaja dapat melahirkan mahasiswa yang cemerlang dari sudut kepimpinan malah dapat membantu mengeratkan hubungan di antara mahasiswa dan mahasiswi UMP yang berlatar belakang FELDA serta turut dapat membantu untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah bagi memenuhi matlamat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.
1 comments:
mohon izin share fakta dalam pengenalan persada ini, terima kasih
Post a Comment